Thursday, December 29, 2011

REVIEW 2011

   Sepanjang 2011, begitu banyak dugaan dan bahagia yang saya telah lalui..ada yang pahit untuk dikenang dan manis untuk disimpan...bermula januari, persiapan untuk rumah baru..alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dan pada awal april 2011, akhirnya dpat gak berpindah di rumah baru yang lebih selesa, biarpun rumahku kecil tapi bagaikan syurga pada kami..dari bulan2 ke bulan kami berdua beli barang2 rumah..sikit2  duit pun tinggal sikit, tapi rasa sangat kepuasan berdua..dari pemilihan perabot sehinggalah pada warna, tema dan macamlah...rupanyan susah gak nak dapat dan jadilah rumah kita cantik..jadi nilah hasilnya..
    kemudiaan selepas tak sampai dua minggu berpindah aku dikejutkan dengan berita yang agak mengeutkan ma sakit....bergegas pulang ke kampung, namun bukan semudah itu, tugas menuntut untuk aku menangguhkan untuk balik kampung, namun hati bagaikan sudah berada di sana..hanya di bahu suami aku lepaskan juraian airmata, hanya Allah sahaja yang tahu..Sebaik selesai ugas keesokannya aku ters pulang ke kg..namun sebaik tiba terkejut melihat keadaan kaki ma, kami segera bawa ma ke hospital..tapi akhirnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia...disinilah segalanya bermula..hampir dua bulan kami berumah tangga di hospital..aku bagaikan di awan2 tugas ntah kemana..nasib baik pentadbir baik hati membenarkan aku ambik cuti berturut2..kawan2 juga banyak membantu..Alhamdullillah..ma pun beransur sembuh..cuma skrg mata dia plak kelabu sikit...
    Dalam waktu ma sakit tu, kami berdua diuji lagi, rumah dipecah masuk time g keja..hanya Allah yang tahu..tapi Alhamdulilah tak banyak brg hilang cuma, jam ,hp, kamera , cincin merisik dan beg yang disayangi...mungkin ada hikmah di sebaliknya....
    Namun aku redha dengan apa yang aku halami.. selain itu ada gak berita gembira bila pertama kali aku mengajar subjek sains tambahan, semuanya kena buat sendiri maklumlah satu2 sekolah yang ambik adalah sekolahku, aku lah guru, akulah penggubal soalah dan akulah penceramah...hehe..semuanya adalah pengalaman terindah yang akhirnya membuahkan kejayaan yang terindah..GPS tertinggi sepanjang subjek tu diajar dan of course pencapaian 100%..Hanya Allah yang tahu kepuasan yang kurasai, hilang semua penat time mengajar dulu..semoga kejayaan demi kejayaan muncul nanti...
     Sehingga kini kami berdua redha dengan apa yang ditentukan, walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu..mungkin perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita..seseungguhnya aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan memberi sokongan apa yang aku lakukan..tanpa dia mungkin aku tak sekuat ini..sebab aku hanya insan yang lemah...
     Abang walaupun kita diuji dengan Allah, tapi kau banyak menyabarkankanku, dan mengatakan "Allah akan uji setiap insan dengan bermacam2 dugaan , mungkin ini ujian Allah buat kita"..itulah antara kata2 azimat yang aku pegang .Aku bersyukur dikurniakan suami sebaik En. Muhamad Haris.Semoga tahun 2012 Allah menghadiahkan sesuatu yang manis untuk kami...aminnn..
insan yang sentiasa dididiku

No comments:

Post a Comment