Thursday, December 29, 2011

REVIEW 2011

   Sepanjang 2011, begitu banyak dugaan dan bahagia yang saya telah lalui..ada yang pahit untuk dikenang dan manis untuk disimpan...bermula januari, persiapan untuk rumah baru..alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dan pada awal april 2011, akhirnya dpat gak berpindah di rumah baru yang lebih selesa, biarpun rumahku kecil tapi bagaikan syurga pada kami..dari bulan2 ke bulan kami berdua beli barang2 rumah..sikit2  duit pun tinggal sikit, tapi rasa sangat kepuasan berdua..dari pemilihan perabot sehinggalah pada warna, tema dan macamlah...rupanyan susah gak nak dapat dan jadilah rumah kita cantik..jadi nilah hasilnya..
    kemudiaan selepas tak sampai dua minggu berpindah aku dikejutkan dengan berita yang agak mengeutkan ma sakit....bergegas pulang ke kampung, namun bukan semudah itu, tugas menuntut untuk aku menangguhkan untuk balik kampung, namun hati bagaikan sudah berada di sana..hanya di bahu suami aku lepaskan juraian airmata, hanya Allah sahaja yang tahu..Sebaik selesai ugas keesokannya aku ters pulang ke kg..namun sebaik tiba terkejut melihat keadaan kaki ma, kami segera bawa ma ke hospital..tapi akhirnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia...disinilah segalanya bermula..hampir dua bulan kami berumah tangga di hospital..aku bagaikan di awan2 tugas ntah kemana..nasib baik pentadbir baik hati membenarkan aku ambik cuti berturut2..kawan2 juga banyak membantu..Alhamdullillah..ma pun beransur sembuh..cuma skrg mata dia plak kelabu sikit...
    Dalam waktu ma sakit tu, kami berdua diuji lagi, rumah dipecah masuk time g keja..hanya Allah yang tahu..tapi Alhamdulilah tak banyak brg hilang cuma, jam ,hp, kamera , cincin merisik dan beg yang disayangi...mungkin ada hikmah di sebaliknya....
    Namun aku redha dengan apa yang aku halami.. selain itu ada gak berita gembira bila pertama kali aku mengajar subjek sains tambahan, semuanya kena buat sendiri maklumlah satu2 sekolah yang ambik adalah sekolahku, aku lah guru, akulah penggubal soalah dan akulah penceramah...hehe..semuanya adalah pengalaman terindah yang akhirnya membuahkan kejayaan yang terindah..GPS tertinggi sepanjang subjek tu diajar dan of course pencapaian 100%..Hanya Allah yang tahu kepuasan yang kurasai, hilang semua penat time mengajar dulu..semoga kejayaan demi kejayaan muncul nanti...
     Sehingga kini kami berdua redha dengan apa yang ditentukan, walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu..mungkin perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita..seseungguhnya aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan memberi sokongan apa yang aku lakukan..tanpa dia mungkin aku tak sekuat ini..sebab aku hanya insan yang lemah...
     Abang walaupun kita diuji dengan Allah, tapi kau banyak menyabarkankanku, dan mengatakan "Allah akan uji setiap insan dengan bermacam2 dugaan , mungkin ini ujian Allah buat kita"..itulah antara kata2 azimat yang aku pegang .Aku bersyukur dikurniakan suami sebaik En. Muhamad Haris.Semoga tahun 2012 Allah menghadiahkan sesuatu yang manis untuk kami...aminnn..
insan yang sentiasa dididiku

Sunday, December 25, 2011

GAMBAR SEMASA KELAS SULAMAN BENANG DAN MANIK



Hari ni baru berjaya mengupload gambar2 sepanjang kelas haritu...memang best kelas haritu..dengan student2 yang very sporting dan excited nak belajar..memang masuk hari kedua semua senyap je, kyusuk sangat menjahit...benda memang bila nak buat susah cket tapi bila dah tau teknik memg susah nak tinggal...semoga saya dapat mengadakan kelas seperti ni pada masa akan datg..korang memang best..
Pada hari pertama saya telah mengajar beberapa teknik asas buat daun, batang dan bunga...pada hari kedua students diminta mengaplikasikan teknik2 jahitan di atas tudung..memang diorang ni kreatif sebenarnya tapi tak nak tunjuk.. teknik2 ini bukan sahaja pada tudung tapi pada pelbagai barang,especially baju..


 tengoklah semua kusyuk menjahit sampa sunyi sepi kelas


 harap2 dapat sambung buat kat rmh plak..


 Jangan terkejut k, ada gak org laki minat buat benda ni



 akak ni buat jahitan bunga ros.cantik dan kemas.nak bagi tudung kat anak katanya


 ni hasil gabungan sulam benang dan manik..tambah terserlah bila ada manik2

ni antara hasil yang menarik perhatian saya, nampak sweet jer


ni antara bahan2 yang diperlukan untuk sulaman benang..ni juga antara teknik2 yang telah saya ajar kepada mereka.

Wednesday, December 14, 2011

PENANGAN OMBAK RINDU...

  Tak tahulah kenapa sejak tengok ombak rindu...rasa nak nangs jer...tambah2 balik dr tgk ombak rindu baca plak novel 7 hari mencintaimu..membuatkan saya sentiasa dilanda emosi sedih...hehe..kdg2 bleh plak nangis sorg2...hehehe...mungkin sebab lagu dia masuk ngan jalan citernya membuat saya seringkali terbuai2 perasaan...tapi citer tu agak bestlah rasa cam nak tgk lagilah..sebelum ni tak pernah plak rasa camni...adoiiiiiii

Sunday, December 11, 2011

KELAS SULAMAN BENANG DAN MANIK..


    Kelas ni diadakan di kolej komuniti hulu langat...memang jauh tapi bila saya fikirkan saya sukakan cabaran..saya sendri mencabar diri sendiri untuk melakukannya..kadg2 kita perlukan cabaran bagi memeriahkan hidup..hehehe..Memanglah saya ni biasa mengajar, tp lainlah mengajar budak (teori) ngan ngajar praktikal..Tapi mr. hubby banyak memberi semangat agar saya melakukannya..dan sanggup nak hantar nanti, walaupun saya tahu dia penat sb baru jer balik dari cameron highland..
    Alhamdulillah selama 2 hari segalanya berjalan lancar, dan saya mula yakin untuk melakukan kelas pada lain waktu...semoga pn.iza sudi panggil saya lagi...hehe..Nilah antara hasil yang telah diajar kepada merka...rasa seronok sangat...sb dapat kongsi ilmu walaupun pada mulanya ramai yang tak berapa minat tapi akhirnya tersenyum keriangan sebab dapat menghasilkan satu tudung yang cantik...
    Akhirnya terima kasih  semua

Friday, November 11, 2011

Minggu-minggu Terakhir Sebelum Cuti

Salam semua..dh lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di sini..disebabkan oleh kekangan masa dan kerja yang bertimbun..rindu sangat nak menulis sesuatu sekadar berkongsi cerita dan pengalaman..minggu ni minggu 2 terakhir untuk pelajar SPM . Semua guru dok sibuk berebut masa untuk latih tubi..tapi yg sedihnya cam cikgu jer yg terhegeh-hegeh nk bagi ilmu..tp aku pelik betul ngan budak skrg xder langsung perasaan takut untk ambil SPM..
Seingt aku dulu tahun 2001, masa tu aku nk ambik SPM...sebulan sebelum tu dh rasa tak cukup masa..kdg2 nk borak2 kosong pn x sempat...tiap kali baring mesti buku ada kat sebelah..kdg2 buku terlangkup kat atas muka...memg kroniklah dulu..hehe..tp pelik betul ngan bdk2 skrg cam xder perassaan lngsng nk exam...
Tp apa2 pn aku tetap doakan agar mereka berjaya...cuma mungkin mereka tak brape nk sedar betapa pentingnya ilmu untuk masa depan....

Thursday, June 2, 2011

BULAN 4 DAN 5 YANG PENUH DUGAAN

      Setelah sekian lama baru saya berkesempatan mencoret sesuatu di blog ini...sepanjang bulan 4 sangat sibuk ngan program kat sekolah tiap-tiap minggu ader jer program besar2...Alhamdulillah semua program berjalan lancar dan time tulah ma tiba2 jatuh sakit..Saya time tu memag dlam dilema antara tugas dan ibubapa..hanya airmata yg mampu menjawab segalanya dan airmata sahaja yg mampu melepaskan tekannan..Alhamdullillah saya dikurniakan seorg suami yg amat memahami ...yang sentiasa bagi semangat dan nasihat agar saya tabah mengharungi segalanya...dugaan datang lagi kaki ibu kaki ma akan dipotong akibat kencing manis..Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya perasaan kami sekeluarga...saya terpaksa mengambil cuti untuk jaga ma..saat itu saya sangat terasa rindu akan masakan ma, layanan ma, tiap kali balik kg...tapi tu semua dulu, sekrg semua adik2 terpaksa berdikari, abah ibarat patah kaki sebelah, semua nya dipendam..bagi meringankan bebanan ma....
       Alhamdullilah ma semakin sihat cuma minggu depan akan masuk wad lagi untuk tampal bahagian kakinya....dua minggu lepas sebaik balik dari sekolah , saya tergamam melihat pintu pagar dan pintu terbuka ,terus saya telefon suami, dalam hati dah rasa tak sedap hati, rupanya rumah kami diceroboh..Dugaan yang Allah berikan mendekatkan diri kami kepadanya dan diharapkan ada sinar kebahagiaan kepada kami dan ader hikmahnya...time tu memg terasa ingin dekat ngan keluarga, perlukan semangat dan dorongan mereka...biasalah hidup diperantauan..hanya kami berdua, apa2 masalah kami terpaksa settlekan bersama...
     Diharapkan ader sinar dan rahmatmu untuk kami sekeluarga ya Allah....amin

Saturday, February 12, 2011

Rayhan`s design..Hasil sulaman yang baru siap

Setelah sekian lama tak mengupload hasil kerja, saya rasa teruja sangat untuk berkongsi hasil tangan saya...ntahlah ader org suka ke tak...disebabkan sekarang dah mula sekolah kerja pun makin banyak so masa untuk menyiapkan baju-baju ni memakan masalah sikit..kadang2 tu kering idea gak nak menghasilkan corak dan benang yang sesuai..baju sandiri pun tak siap2 lagi..kita kena utamakan pelanggan dulu..hehe...kebanyakkan hasil kerja ini yang saya hasilkan tahun lepas..tahun ni baru dapat siapkan satu baju tupun time raya cina hari tu..paksa gak siapkan baju akak tu sb bila buka sekolah makin bz nanti..nampaknya tahun lepas berjaya gak menyakinkan diri sendiri untuk ambil tempahan...Insyaallah tahun ni moga dimurahkan rezeki lagi..amin..


 Ni ialah baju kawan..first time ambil tempahan..mula2 takut gak tapi pas siap rasa yakin plak nak ambil tempahan org..nasib baik dia suka ngan design ni

 ni baju mak k.linda, dia nak grand cket sb untuk majlis kahwin..pening gak nk pk design2..nasiblah dapt ilham tgk baju mak datin dalam majalah..heeh

 Ni tempahan pertama tahun ni..ni baju kedua akak ni..nampaknya dia suka ngan cara jahitan..alhamdulillah..tp sampai skrg x kenal orgnya..hehe..untuk siapkan baju ni makan masa 2,3 hari gaklah...walaupun nampak simple tapi lama gak nk siap..hehe
Ok itu ajelah hasil yang dapat saya siapkan..moga dengan izin Tuhan dapat gak menambahkan pendapatan disamping mengisi masa lapang..sb saya jenis yang cepat mati kutu kalu xder keja..
http://www.youtube.com/watch?v=As4GD5XGreA

Wednesday, January 12, 2011

Cuti di melaka







Percutian 2010 kali ni dan terakhir bagi thn ni agak menyeronokkan...walaupun dh bnyk kali g mlaka tp still x abih jalan lagi...kali ni destinasi yang kami nantikan ialah melawat animal world..sungguh teruja and very excited..melihat haiwan2 secara lebih dekat dan dapat menyentuh haiwan tersebut..memang satu pengalaman yg baru...apabila beratur untuk ke ala2 safari...lagi menyeronokkan..melihat haiwan ganas seperti harimau berada di sebelah kita bagaikan satu mimpi..melihat haiwan hidup satu kelompok lagi mengasyikkan...urm  rasa cam nk g lagi...insyaallah jika dikurniakan zuriat nanti ingin aku bawak diorg merasai pengalaman ini...supaya diaorg lebih dekat dengan ciptaan Allah...Tahun 2010 juga merupakan thn yg menyeronokkan dan penuh cabaran..tahun ni dah g Pulau tioman thn 2011 nk kemana plak ekkk...hehe