Wednesday, September 12, 2012

Taman Impian...


              

        Salam semua...harini rasa nak tulis pasal impian kami suami isteriian untuk membina taman bunga di depan umah..walaupun rumah teres yg kecil dan laman pun kecil tapi kami still nk laksanakan impian ni..may b awal2 sush ndecorate taman yg cantik..tp kami bermula dr bawah..dr xder pokok sampailah mcm ni..setelah setahun lebih berpindah ke sini...  rasanya oklh cket drpd xder taman ....kalau bleh nk ltk kerusi tambah pokok bnyk lg..tulh bnyk betul impian tp taman kecik je....hehe..                
en asben suka sngt pokok yg berbunga,  kishlh pokok apa asl ada bunga n sy plak suka pokok brdaun especially pokok keladi yg daun nya cantik but my asben ckp x cntik....huhu..so gabungan bunga n daun nilh hasilnya...hhee..impian kami gak nk buat tamn orkid n kaktus.skrg stil dlm proses megumpul koleksi kaktus n okid...



Saturday, September 1, 2012

2012 RAYA DI KEDAH....


    Wassup2 guys...lepas raya ni jer baru berkesempatan nk menulis..rasa dh gatal2 tangan tak sabar nk menulis  n berkongsi kisah hidup n u alls tau taks indahnya hidup ini...walaupun raya ni first time raya tanpa arwah abah..tapi aku sambut raya cam biasa, awal2 aku dah pesan kat ma kita buatlah cam abah ada jer, buat semua persiapan cam biasa barulah kita tak rasa kurang...Alhamdulillah adik-adik pn semua buat cam biasa walaupun kdg2 kala menitis juga ar mata bila bercerita pasal arwah...dan menitis juga airmata ku di pagi raya bila teringat akan arwah ...sngt2 teringat kt arwah n terkilan tak dapat jumpa dia di pagi raya...raya ke-6 baru dapat lihat pusaranya...tapi yg lebih aku terkilan bila sampai kubur jumpa sdara2 ku jer, bukan apa that`s means ramai sangat sdara ku meninggal dalam tempoh sebulan dua ni.....poksu li, tok su ina, abah n pak cik mat bomba..semua dekat2....
   Alamk terlupa plak, sebenarnya nk citer pasal raya kt kedah..klah tak nak dh sedih2, dah banyak airmata aku keluar tahun ni...Kami sampai kedah hari jumaat petang ngan abah (bapa mertua) skali rasa suasana balik kg..abah berpuasa umah kami seminggu...Esoknya memg sibuk ..kul 6.15 Haikal ( anak sdara) , aku dan en. suami dh kena g pasar beli santan dan brg2 utk masak.....Kul 9 br dapat balik rumah...kdg aku pelik jugak sebesar-besar bandar alor star takkan kt situ jer jual santan..tak pasal2 beratur lama...org kedah tak minat kot jual santan..hehehe...Balik je masing-masing sibuk buat keja masing2...buat rendang, ketupat,lontong n macam2lha...thn ni meriah sikit sebab semua adik beradik balik..abah pn senyum manjang jer..sonok anak-anak ada..Disebabkan mak mertua dh takde so kakak iparku jadi bos...hehe..semua keja belasah je..tak cantik pn takpe asal jadi balut ketupat...apa yg kelakarnya kt klate aku tak pernah dapat balut ketupat sebab kena reject je tak cantik..kt kedah ok jer..heheh..mlm tu kami buat BBQ plak..tulah acara tahunan bila semua adik beradik balik...

     Raya pertama di Kedah....kami solat raya kt umah abang ali...my hubby cakap memg tiap2 tahun sembhyg kt situ...terwaih pn kt situ tp thn ni tak buat terawih kt situ sebab dh takder org...pas raya mkn2 kt umah abg ali pastu barulah jln2 pusing kmpg...tp yg pasti setiap umah ada menu tersendiri ..terkejut perut mkn mcm2..keadaan sama cm klate cuma kt klate pusing2 g umah mak sdare jer....tp yg paling takleh lupa org nk bagi duit raya..rasa cam tebal jer muka nk ambik...nmpk cam budak2 kot sebab jln ngan anak buah...hehe...pastu balik umah sebab ptg org kmpung datag umah plak..cam nk tercabut kaki sb berjln2 jer lyn org ...nk bergambar pn tak sempat...tp tak kira nk sempatkan jugak dh 2 tahun takder gambar raya.. nilah gambar di waktu senja....huhuh...SElamat hari Raya...Jemput dtg ke rumah saya yg kecil ni...



    
    
   

Tuesday, July 31, 2012

Teknik sulaman (simpul ulat-ulat dan bunga rose)

Ni ialah kaedah asas untuk sulaman benang

. Simpul ulat-ulat

a. Jarum dibawa keluar dari A dan dicucuk di B  dan

    jarum dikeluarkan di A tanpa menarik terus jarum.

b. Lilitkan 10-12 jahitan iaitu terpulang pada jarak dan tarik

     jarum perlahan-lahan. Matikan jahitan di A

 Bunga Rose

            a. Mulakan sulaman ditengah bunga.Cucukkan sedikit berhampiran tempat mula. Keluarkan jarum 


               separuh.

            b.Lilitkan sebanyak 12 lilitan pada jarum .Tarik benang perlahan-lahan

c.Cucukkan jarum pada A dan keluarkan di B dan cucukkan C dan

    keluakan di B. Lilitkan sebanyak 14 lilitan .

d.Ulangi langkah sama untuk kelopak yang sebelah lagi.

            e.Kemudiaan diikuti langkah seterusnya iaitu cucuk di C dan      

   keluarkan di D dan cucuk di F dan keluarkan di D








Redha Dengn Apa yang Berlaku...

    Hari ni hari ke-11 kita berpuasa.dh lama rasa tak menulis kat blog ni....rasa sekejap jer...hari ni gak genap 26 hari abah pergi meninggalkan kami semua..rasa puasa tahun ni suram tanpa ketiadaan arwah..nak sambut raya pun rasa ada benda tak lengkap...tapi apa yang berlaku aku redha dan berharap ada hikmah disebaliknya....Semalam sepanjang hari aku terkenangkan kenangan bersama arwah..rasa baru semalam aku bermanja dengannya..dia hantar aku g sekolah pastu hantar aku g asrama , antar g matrik, antar g universiti pastu antar ke umah mertua...semuanya abah dapat hantar...tapi tanggal 4 Julai 2012 aku pula menghantar arwah abah di sana..semoga arwah tenang di sana....
    Mengimbas kembali saat-saat kehilangan abah...14 Jun 2012 pukul 10 lebih abah dimasukkan ke CCU...pukul 5.30 pagi aku cal umah tanya keadaan abah..hati rasa tak tenang terasa nak balik..jadi pagi tu kami bergegas balik..sampai je terus g CCU..tengok abah boleh bangun rasa lega cket . start hari tu kami sekeluarga bagai berkampung disana..tgk abah makin ok cuma kurang selera makan jer...Pastu petang ahad kami pulang ke kuantan tapi berat hati gak nak balik
    20 Jun 2012 pukul 10 pagi masa tu aku br je abis clas br balik maka..adik kat umah cal cakap abah kena operation..terkejut rasanya sb semalam dia ok jer..rupanya abah pengsan tiba-tiba...kami bergegas pulang lagi ..sampai HUSM pukul 6.00 petang rasa cam nak berlari jer supaya cepat sampai, perasaan tak payah cakaplah bila diorg cal abah tgh tenat..hanya gengaman tangan suamiku dapat menenangkan hati yg tengah berkecamuk...masuk je CCU terus air mata mengalir melihat keadaan abah yg sungguh terseksa, dengan wayar penuh badan....bacaan yasin tidak henti2 berkumandang dalam bilik kecil tu..sayu tgk abah dalam keadaan camtu..5 hari aku cuti nak jaga abah.nak tak nak hari ahad tu kami terpaksa balik..time tu rasa nak belah je badan satu tinggal kat sini satu lagi g kuantan..sabtu depan balik lagi....sabar rayhan...tu je aku mampu ucapkan...
    Pukul 4.00 pagi aku dapat panggilan telefon abah telah pergi buat selamany..rasa cam mimpi je...Rupanya Allah pinjamkan abah seketika sahaja untuk kami bermanja...hanya linangan airmata dapat meyatakan perasaan yg aku rasa..tak tahulah sedih tak payah cakaplah tapi apa yg penting aku kena redha dengan apa yg berlaku..Dalam masa sama aku bersyukur sb sempat bermanja dengan arwah, dan arwah sempat merasa gaji pertamaku dan sempat datang ke rumahku di Kuantan..
    Rasa cam tak percaya tahun lepas ramadhan terakhir bagi arwah..kita entah bilalah..jd di kesempatan ni kita sama-samalah beramal ibadah dan bersyukur dengan nikmat Allah..nanti kita sambung lain kali plak..Selamat Berpuasa dan selamat beramal...
     
 

Thursday, February 2, 2012



a. Batang – teknik stem stich
               b. Daun – Teknik stem stich




Teknik stem stich (teknik batang) 
a.Bawa benang ke atas dari A dan cucuk jarum ke bawah di B dan  
    dikeluarkan di C.      
b. Jarum dimasukkan ke tempat hampir sama dan pastikan sama saiz




Thursday, December 29, 2011

REVIEW 2011

   Sepanjang 2011, begitu banyak dugaan dan bahagia yang saya telah lalui..ada yang pahit untuk dikenang dan manis untuk disimpan...bermula januari, persiapan untuk rumah baru..alhamdulillah semuanya dapat disiapkan dan pada awal april 2011, akhirnya dpat gak berpindah di rumah baru yang lebih selesa, biarpun rumahku kecil tapi bagaikan syurga pada kami..dari bulan2 ke bulan kami berdua beli barang2 rumah..sikit2  duit pun tinggal sikit, tapi rasa sangat kepuasan berdua..dari pemilihan perabot sehinggalah pada warna, tema dan macamlah...rupanyan susah gak nak dapat dan jadilah rumah kita cantik..jadi nilah hasilnya..
    kemudiaan selepas tak sampai dua minggu berpindah aku dikejutkan dengan berita yang agak mengeutkan ma sakit....bergegas pulang ke kampung, namun bukan semudah itu, tugas menuntut untuk aku menangguhkan untuk balik kampung, namun hati bagaikan sudah berada di sana..hanya di bahu suami aku lepaskan juraian airmata, hanya Allah sahaja yang tahu..Sebaik selesai ugas keesokannya aku ters pulang ke kg..namun sebaik tiba terkejut melihat keadaan kaki ma, kami segera bawa ma ke hospital..tapi akhirnya perancangan Allah lebih baik dari perancangan manusia...disinilah segalanya bermula..hampir dua bulan kami berumah tangga di hospital..aku bagaikan di awan2 tugas ntah kemana..nasib baik pentadbir baik hati membenarkan aku ambik cuti berturut2..kawan2 juga banyak membantu..Alhamdullillah..ma pun beransur sembuh..cuma skrg mata dia plak kelabu sikit...
    Dalam waktu ma sakit tu, kami berdua diuji lagi, rumah dipecah masuk time g keja..hanya Allah yang tahu..tapi Alhamdulilah tak banyak brg hilang cuma, jam ,hp, kamera , cincin merisik dan beg yang disayangi...mungkin ada hikmah di sebaliknya....
    Namun aku redha dengan apa yang aku halami.. selain itu ada gak berita gembira bila pertama kali aku mengajar subjek sains tambahan, semuanya kena buat sendiri maklumlah satu2 sekolah yang ambik adalah sekolahku, aku lah guru, akulah penggubal soalah dan akulah penceramah...hehe..semuanya adalah pengalaman terindah yang akhirnya membuahkan kejayaan yang terindah..GPS tertinggi sepanjang subjek tu diajar dan of course pencapaian 100%..Hanya Allah yang tahu kepuasan yang kurasai, hilang semua penat time mengajar dulu..semoga kejayaan demi kejayaan muncul nanti...
     Sehingga kini kami berdua redha dengan apa yang ditentukan, walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu..mungkin perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita..seseungguhnya aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat memahami dan memberi sokongan apa yang aku lakukan..tanpa dia mungkin aku tak sekuat ini..sebab aku hanya insan yang lemah...
     Abang walaupun kita diuji dengan Allah, tapi kau banyak menyabarkankanku, dan mengatakan "Allah akan uji setiap insan dengan bermacam2 dugaan , mungkin ini ujian Allah buat kita"..itulah antara kata2 azimat yang aku pegang .Aku bersyukur dikurniakan suami sebaik En. Muhamad Haris.Semoga tahun 2012 Allah menghadiahkan sesuatu yang manis untuk kami...aminnn..
insan yang sentiasa dididiku